Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Up load gambar raya 2011...

Salam...

Disebabkan tahun ni aku beraya dlm keadaan x ceria, sampai terlupa nk ambil gambar raya, apa taknya kamera pun lupa bawa...nasib baikla ada cousin suami yg ada kamera canggih, kebetulan dia un tgh study dlm bidang photographer ni..so tumpang sekaki ler...so, this is our pictures yg x seberapa...tp ok ler drpd x de...
Our big family...

Macam nak bersanding semula lak...2nd raya...

Peace...with my hubby Mr. Zahir...
itu je ler yang ada, actually ada lagi tp dlm FB, belum sempt nk save dlm file picture. Doa aku tahun depan, nk beli kamera canggih gak...Insyaallah kalau ada rezeki lebih...Ok that's all from me!

Lepas raya macam2 penyakit...

Salam semua...
Hari ni aku nk citer sikit pasal sakit makit ni (ada ke kata ganda sakit makit tu) he he he...saja nk myedapkan citer...lepas raya hari tu sorang2 aku dengar sakit, mula2 mak sedare suami aku, hampir kena strok, esoknya mak aku lak call, kata ayah x leh bangun, pening, ingatkan darah tinggi, skali tu bila doc check glukos, rupanya kencing manis naik 16.5. Esoknya  mak aku call lagi, bgtahu mak tiri aku masuk hospital sb ada batu dlm hempedu dn nak kena operate. Itu aku citer pasal orang, pasal diri sdiri lum campur lagi...
Actually aku dh mgidap sakit tgn ni sejak lahirkn auni, mgkin masa tu aku kurang berpantang sb suami patah kaki, so, aku kena banyak ambil alih keje dia, kebetulan arwah mak mertua pun sakit. tapi masa tu tgn aku kebas on and off jer..cuma tahun ni aku rasa sakit dan kebasnyaklebih kerap. Penah juga berurut, ok sekejap, pas tu sakit dn kebas balik. Yang paling ketara, sebulan sebelum raya, aku byk kali gak ke klinik sb sakit. Doc bg ubat tahan sakit jer..sampailah seminggu nk raya, aku rasa sakit sangat..sb tu raya tahun ni aku kurang ceria sikit sb tido x cukup, sakit dan pelbagai lagi.
At last Khamis lepas (8/9/2011), aku mc sb malam x leh tidur, tgn rasa sakit menyucuk2...aku gi jumpa doc, dn dia bg surat suruh jumpa pakar kt hospital serdang. Jumaat (9/9/2011) aku gi hospital with my hubby, tp malangnya bukan terus jumpa doc tp kena tggu 2 mggu utk mereka call dn baru nk bg tarikh appointment. Aku dh sakit sgt, tangan dh x leh genggam, nk menulis pun x leh, ni nk kena tggu 2 minggu???!!!. Aku bgtahu yg aku sakit, so, nurse tu suruh aku gi bhgian emergency dn jumpa doc di sana. Kat situ, doc check sikit2, pas tu dia suruh ambil ubat dulu, dn tgk kalu sakit datanglagi...adoyaiii...Aku bincang dgn husband utk cuba akupunture. Aku penah dengar dn penah nampak pusat rawatan tu di taman aku, tp takut nk gi...Tetapi sebab dh sakit sngat aku kuatkan juga diri ni...biarlah sakit sikit asalkan aku sihat...dah x tahan sangat dah...
tangan kena cucuk jarum..sakit sikit jer...   
Alhamdullillah..selepas rawatan tu, jari aku dah boleh gerak dan genggam, cuma sekali sekala ada terasa kebas tu, tp dh x sakit dah..aku pun kena berpantang iaitu x leh minum ais dan mandi atau kena air pada waktu malam (kalau boleh elakkan). Insyaallah..aku akan pergi lg utk ulang rawatan tu, sampai kebas aku hilang...ok itu saja citer aku.Wassaalam

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya...

Assalammualaikum dan Salam Aidil Fitri...
Sekejap saja masa berlalu, dah raya kan...ini pun aku sempat tulis kt blog ni dh masuk raya kedua...
Nak citer la sikit pasal raya pertama, macam biasa, pagi2 kami sekeluarga ke rumah bapa suami...solat di sana, pas tu bersalam-salaman, pergi rumah Wan Milah, dan Acik Senah. Tahun ni alhamdullillah, dapat juga aku menziarahi kubur arwah mak mertua, sb sebelum ni, suami tak izinkan sb Auni masih baby lagi, walaupun aku kata tak pe bawa baby...sebak hati aku, sayu dan segala macam perasaan yang ada ketika menziarahi kubur-kubur di situ. Dikesempatan itu, aku mencari kubur arwah Papa dan Makmi, sedih aku melihat kubur arwah datuk dan nenek aku, sb mcm x terurus. Dgn hanya berbekalkan tangan aku, aku bersihkan daun2 kering, rumput2 yang tumbuh serta aku sedekahkan al-Fatihah utk mereka. Aku juga sempat sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abang aku, yang kuburnya terletak betul2 bersebelahan pondok dan perigi di kawasan perkuburan tersebut.
Selepas itu, kami semua terus ke rumah Mak long Abi, balik rumah bapa mertua sekejap dan terus ke rumah mak. Mak masak nasi tomato, kebetulan mak akan balik ke Batu Pahat selepas itu. Aku pulak, ntah kenapa tahun ni aku terlupa nk bawa kamera...aduh ruginya apabila tidak dapat merakamkan saat-saat indah di hari raya ni..nasib ada sepupu suami yg ambilkan gambar kami sekeluarga berlatar belakangkan rumah arwah mak mertua. Tp dia belum upload dan share lagi...Apa2 pun di harapkan hari raya tahun ini akan memberikan seribu makna kepada kita semua...Insyaallah...

Friday, August 5, 2011

Dah 5 hari kita berpuasa...

Assalamuallaikum...
Diam tak diam, dh 5 hari umat Islam berpuasa, setakat ni aku pun alhamdullillah, penuh...dan setakat  ni, aku dh 5 hari juga memasak utk juadah berpuasa, cuma adalah sehari dua suami aku bawa balik sikit lauk2 'tunjuk', saje nk tambah-tambah resepi...
Anyway, apa yg aku nk citer ni ialah mengenai 2 org anak aku iaitu Aiman dan Aina. Tahun ni tahun kedua Aiman berpuasa, dia berharap utk berpuasa penuh, setakat ni dia puasa penuh 5 hari, manakala bg Aina, thn ni merupakan tahun pertama dia berpuasa. Hari pertama puasa, dia surrender pd pukul 4.00 ptg, puas aku pujuk, tp dia dh x tahan sgt (walaupun mlm tu dia bersahur). Aku pun x nak paksa, lg pun dia baru berumur 6 thn. Esoknya, pukul 12 lebih dia dh berbuka, dia kata dahaga kt baby sitter dia, so, baby sitter dia bg je lah air dn tak tahu pun yg dia berpuasa. Tp hari ke3, 4 dan 5, alhamdullillah dia dpt berpuasa penuh....(kalah aku masa kecik2 dulu, selalu puasa sekerat hari, ada juga puasa yang-yang yok, tgh hari bukak periuk...he he he). Apa2 pun aku respect kt parents sekarang yg dh mula mendidik anak2 sejak dr kecil utk berpuasa...tp kita tak leh paksa mereka, kalau mereka tak tahan, biarlah mereka berbuka kan? nanti takut mudarat plak...dan satu lg kita jgn ajar anak2 kita berpuasa kerana nk dpt duit (walaupun itu yg aku ckp kt anak2 aku, tp secara perlahan2 aku bgtahu nape kita perlu berpuasa, apa hikmahnya..).
Oklah semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan drpd-Nya..Amin.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan...

Assalammualaikum...
Hari ni 1 Ramadan, alhamdullillah bersyukur sebab masih dipanjangkan umur utk aku berpuasa dan beribadat kpd Allah pada tahun ini. Insyaallah anak2 aku yg lain (yg masih kecil) Aisya, Aiman dan Auni pun puasa. Sebenarnya Aina baru nak cuba belajar berpuasa, tengoklah macamana ok, ke tak...aku pun x nak paksa sangat...
Dah masuk Ramadan ni aku lupa nk citer pasal kenduri tahlil dan sambutan hari lahir Auni dan Akhmal yg diadakan pada 23hb Julai lalu, sambutan birthday tu, tumpang2 aje sb bajet tak de kalau nk buat single2...(2 birthdays tu...)
Seperti yg dijangka, sambutan birthday tu x lah meriah sgt cuma saja nk buat sb Auni baru nak masuk 2 tahun, aku pun sediakan goodies yg simple2 aje utk anak2 buah...tp so sad to say, anak2 buah belah suami aku jer yg ramai, belah aku nasib baik adik ipar aku dtg, adala 3 org jer....ntahlah susah kalau nk citer psl family belah aku ni...aku tahu ada yg keje, ada hal lain, tp dh 2 thn aku buat sambutan bday ni, tak penah yg cukup kehadiran family aku nih....ntahlah nk wat mcm mana....dh nasib...family jenis mcm nih...lebih pentingkn org lain dr adik-beradik sdiri kut...kang kalu x jemput, terasa...kalau jemput, aku gak yg sedey...sedey sb ciput jer yg dpt dtg...


Kek bday...2 tingkat nih..

Birthday Boy and Birthday Girl...


Auni tak sabar nk potong kek....

Kakak Aina pun nk join sama....  



Ni lh gambar2 yg ada...nampak simple ajekan...budak2 pun x nampak, yg ada adik-beradik diaorg aje ler...Anyway to those yg wish Auni and Amal, terima kasih banyak2...dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Friday, July 22, 2011

Kursus di Temerloh....

Assalammualaikum semua...
Lama dah tak update blog nih, he he he ada 'teknikal' problem sikit...anyway alhamdullillah dah 'fix' ...Apa2 pon aku nak citer sikit pasal kursus di Temerloh ni, dh 2 minggu berlalu dah, aku kena gi kursus untuk Sastera dalam P&P Bahasa Melayu, bertempat di PLGDP Seri Tualang, Temerloh Pahang. Bertolak hari Rabu dan balik hari Jumaat. Masa bertolak tu (dihantar oleh my hubby) , aku menangis sepanjang jalan sebab tinggalkan anak2...nasib hubby kata esok (Khamis) dia akan cuti dan bawa anak2 datang...lega rasanya...
Apa taknya sejak ada Auni, aku x pernah tinggalkan dia, kalau ada pun, aku bg alasn, anak kecil dan masih menyusu...tp kali ni aku x leh la bg excuse sangat (walaupun Auni dh nk masuk 2 thn, tp dia masih breastfeeding), sb nya kursus ni berkaitan dgn akademik dan aku nk amik pengalaman gak...so dgn hati yg berat aku pon gi...
Malam pertama, aku tidur kt kuarters PLGDP tu, aku mmg x leh tidur, dhlah *tut* bengkak sb susu keluar, pam susu plak, x bawak (sb ingatkan taklah bengkak), mcm nk demam aku di buatnya, sampai esok pagi, aku tahan lagi, tp bila nk masuk tgh hari aku dh x tahan, nasib baik hubby kata dia dh nak sampai, so aku minta dia dtg terus kt tempat kursus aku, lebih kurang pukul 12.30 (waktu rehat tgh), hubby dn anak2 sampai, apalagi aku pon terus minta Auni myusu...aduh lega rasanya...Auni pon mcm dh rindu sgt nk myusu...
Malam tu aku dh x tido kt kuarters tu dh, hubby dpt cari hotel area Temerloh tu ..hotel murah jer tp oklah...
Tapi kt sana tu, x apa2 yg menarik...yg terkenal cuma Ikan Patin, aku lak yg jenis x makan ikan tu...so, masa on the way balik, kitaorg tak beli apa2 pon sbg souvenir...napelah dihantar kursus kt situ kan??? tp ok gak sb jimat duit....he he he

Thursday, June 9, 2011

Somethin' 2 share...

Salam...
Ermmm...tajuk kt atas ni pun mcm tajuk blog aku yg x seberapa ni...actually, aku nk share rasa hati dn perasaan aku jer...kadang2 aku risau gak, tindakan aku kdg2 betul ke @ tak betul ke. Senang cakap...kalau kita bersuara, org terasa, tp kalau tak bersuara, kita lak yg makan hati....
Apa2 pun aku suka dgn cara mantan PM kita, iaitu Tun Dr Mahathir, dia akan bersuara kalau perkara tu mmg patut disuarakan dn kalau perkara tu betul, so, aku leh la dikategorikan cam tu. Even my dad pon cam tu gak...dia akan diam dn perhatikan gelagat org, bila dh melampau sgt org mengata, baru dia 'meletops'...he3...
Berbalik kpd kisah aku...actually malas nak mention nk diingatkan semula, tp kdg2 bila dh darah daging sdiri yg buat sure susah kita nk lupakan sampai bila2...
Sape2 yg terbaca blog ni dn sudi nk komen, silakan...Setuju atau tidak aku katakan mmg Melayu mudah lupa!. Bayangkan masa susah cari kita, masa senang, lupa cam tu jer...pas tu org yg jauh dn slalu x contact, dikata2, diumpat2, kita ni dengar jer..tp bila jumpa sekali...trus baik depan org tu (berlakon betul) yg kita ni di depan mata dh tak nampak...bak kata pepatah, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata pun x nampak...(tp aku bukan gajah la)....
Ntahla...susah nk puaskan hati semua org, aku pon cam tu gak...aku tahu kadang2 sikap aku mgkin agak emotional sikit tp jgn kata aku x bg warning dulu..kalau aku ni jenis trus 'meletops', sure org kata aku ni tak waras....Apa2 pun, lantaklah....