Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 22, 2012

Kenangan 16 tahun yang lalu...

Salam,
Kali ini aku nak bercerita dn berkongsi gambar (tapi tak semualah) semasa perkahwinan aku dan suami 16 tahun yang lalu...Tarikh kami bernikah ialah pada 25 Januari 1996, tarikh yg sangat istimewa sb masa ni umat Islam baru 5 hari berpuasa...dan kami bersanding pada 10 Mac 1996 iaitu seminggu selepas Hari Raya dan kebetulan Tahun Baru Cina pun jatuh pada tarikh yang sama, so Kongsi Raya la masa tu..sebab tu kad kahwin kami pun berwarna merah begitu juga baju pengantin...
Kad kawin warna merah youuu...


 Di rumah pengantin perempuan
Di rumah pengantin lelaki

Ada banyak lagi gambar kt dalam album, tapi cukupla kongsi yang ini aje, gambar org dulo2..taklah glamer sangat mcm org zaman sekarang...apa2 pun itu semua tak penting, yang penting..Alhamdullillah selama 16 tahun melayari bahtera, kami hidup bahagia dan dikurniakan 6 orang anak...
Buat suamiku..Zahirudin...Ayang doakan semoga perkahwinan kita kekal selamanya..Amin...
Anyway, tahun ni kami belum decide nak celebrate kt mana..tahun lepas kt Pizza Hut, tahun ni ada yg dh suggest kt Tutti Frutti, Kajang...ermmm...akan difikirkan nanti..(ni Mama dan Ayahnya yg nk celebrate ke atau anak2 ni???)

Saturday, January 14, 2012

Anakku akan ke asrama....

Salam..
Hari ini aku nak bercerita ttg keputusan anakku nak ke SM Teknik, Alhamdullillah permohonannya berjaya dan akan mendaftar pada 30hb Januari ni...maknanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Abang (panggilan utknya) akan ada di rumah. Sebagai anak sulung dan anak pertama yg akan tggal di asrama, mmg berat hati aku dn suami nak melepaskan dia pergi, tapi demi masa depan dan cita2nya aku reda. Lagipun, ini adalah pilihan dia...dia sendiri yg memohon so, aku perlu lepaskan dia pergi...nasib baiklah tak jauh sangat cuma aku akan terasa 'kehilangan' seorang anak...apatah lagi aku akan ternampak-nampak kelibatnya di sekolah....
Apa2 pun aku perlu tabahkan hati dan berdoa utknya serta anak2 yang lain yang terbaik...Semoga Abang akan menjadi contoh kepada adik2nya...Amin...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru....

Salam :

Dah masuk pun tahun baru, Alhamdullillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan aku peluang untuk menikmati kehidupan ini....Hurmmm..nak tahu cerita sehari sebelum tahun baru, iaitu pada 31 Disember 2011, aku dn suami tetiba jer buat plan nk tgk countdown di Putrajaya...mmg seumur hidup aku, aku x penah tgk atau pegi kt mana2 masa countdown tuk new year..zaman aku kt universiti dulu, aku x penah keluar pun padahal bukanlah jauh sangat kalau nk gi ke dataran Merdeka tu...tp aku budak baik (cewah...masuk bakul angkat sdiri), mmg aku tak penah pergi pun...sebabnya time-time cam tula, U aku ada exam..so kitaorg duk kt bilik la sb nk study....Hah..dh melalut lak...citer pasal nk Putrajaya tu...so, kami pun pergila ke sana bersama2 dgn adik ipar dn suaminya...Bertolak dr rumah lebih kurang kul 11.30 mlm, ala Putrajaya bukannya jauh sgt...sekali tu...ada road block la pula...ala..Pak Polisi...nape la wat road block time2 macam ni...elok2 leh sampai Putrajaya on time or before time, jadi lambat pulak...so, kitaorg countdown je la kt dlm keta, siap count skali keta2 yg ada kt luar..nampaknya tak de rezeki aku lagi nk tgk bunga api ke @ apa2 api kt Putrajaya tu..huhuhu....