Assalammualaikum...
Tinggal lagi lebih kurang 5 hari untuk kita meninggalkan tahun 2010...
Kalau diimbas kembali, macam2 perkara yg telah terjadi sepanjang tahun 2010 ini, ada yg sedih, ada yg gembira dan tak kurang juga perasaan yg bercampur aduk. Semuanya terpulang kepada org2 yg mengalaminya.
Sebenarnya pada aku tahun ni, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, mgkin tahun lepas Allah telah menduga aku dgn ujian yg Maha hebat dn Alhamdulillah aku dpt menghadapinya dgn penuh kesabaran.
Namun, apa yg nak aku kongsikan di sini ialah (nama blog aku pun 'Something To share' kan??) something yg berlaku di sekeliling kita sama ada kepada diri sdiri/keluarga/adik beradik/ sedara mara/ rakan2 atau sesiapa yg rapat dgn kita...apa2 pun semua itu harus dijadikan pengajaran dan panduan kepada kita semua...
bukan apa, kadang2 aku tertanya2 kpd diri sendiri, kenapa wanita selalu menjadi mangsa kpd lelaki??? contohnya, isteri yg didera, isteri yg dianiaya, isteri yg di'dua'kan atau di'tiga', empat @ sebagainya..(betul ke ayat aku tu)...hah sebenarnya topik aku ni pasal isteri lah, yg tak dihargai oleh sang suami.
mungkin ada yg leh bagi pendapat...atau menjawab persoalan yg tak terjawab ni...kenapa seorang isteri yg sanggup berkorban segalanya, sanggup bersusah payah bersama2 si suami, kalau suami sakit pun tak pernah terlintas di hati si si isteri tu nak lari ke (mgkin ada juga tp % sikit, betul tak berbanding suami, tanah kubur isteri masih merah, dia dh kawin lain...) tapi apabila dh senang, si suami senang2 aje cari pompuan lain???!!! dah lupa masa dia susah dulu siapa yg berdiri di sebelah dia, yg terus setia memberi sokongan supaya bangkit dr kekalahan/kesusahan??!!
nape yek??? kalau ada komen yg bernas2 tu bagila sikit...saje nk simpan wat collections...sb kadang2 ada gak org yg mengadu masalah mcm ni, tp kalau x mengalaminya sendiri, susah gak nk bagi jawapan...cuma apa yg leh aku katakan, wahai para suami 'Hargailah isteri dan anak2 anda, kerana cinta pertama adalah cinta sejati, tapi cinta kedua adalah berlandaskan nafsu semata-mata, cuma yg kekal hanyalah CINTA KPD ALLAH SWT..