Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

Lamanya tak update blog....

Salam :-

Lamanya tak update blog, last update ialah pada bulan Mac 2012...pas tu mmg aku tak sempat nk update pun...(mmg x leh nk jadi blogger nih).

      Apa yang pasti, sedar tak sedar dh penghujung tahun 2012....sepanjang tahun ni seperti biasa mesti ada kenangan pahit dan manis...nak cerita yang mana satu ye...baik kita cerita yg manis2 dulu...Alhamdulillah dlm tahun ni peristiwa yg paling manis aku nk cerita ialah tentang cuti2 Malaysia aku dan family, bermula di Melaka, Sandakan (ni bukan bercuti sebenarnya tapi sambil menyelam minum air lah juga), Morib, Port Dickson and coming soon...Langkawi pada 15 - 17 November ni...insya-Allah...Sebenarnya rezeki kami anak-beranak, sb sebelum ni kami sekeluarga jarang2 nk gi bercuti sb kekangan kewangan...thanks mr hubby sebab dia yg banyak support bab2 kewangan ni....
         Cerita kedua yang manis ialah apabila akhirnya aku berjaya mendapat surat pelantikan ke DG 44, sepatutnya dr tahun 2010 lagi aku dapat, tapi disebabkan nama aku dn beberapa lagi rakan guru yg tercicir, maka kami dapatlah surat tersebut pada tahun ni (beserta 'habuannya'...hihihi...Alhamdulillah)....
   hurmmm...nk cerita pasal yg sedih2 plak...sebenarnya tahun ni x delah berita/cerita yg menyedihkan....cuma semasa aku menaip kt blog ni aku mendapat khabar berita ttg pemergian ibu kepada rakan anak ku yang mengidap kanser....Innalillahwainnalilahirajiiun...takzih kepada Safirah Yasmin (4 Ak 2) dan abngnya Mohd Haziq Fitri (5 PN1)....semoga kamu berdua tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah ibu kalian di tempatkan dalam kalangan org2 yang beriman...Amin...
          Tak de mood la pula nk sambung menaip ni, rasa sedih pula sb kenal dgn anak2 murid tu dgn rapat, pernah menjadi guru kelas Haziq semasa tkt 3 dan Safirah pula merupakan atlet bagi rumah Sukan Perdana....
            Insya-Allah kita sambung nanti...wassalam

Monday, March 12, 2012

Apa kata Doc??

Assalammualaikum...
Nape aku pilih tajuk tu erk? sebenarnya dh alam aku nk pi jumpa doctor sb suami suruh, member2 yg prihatin suruh cuma masa je tak mgizinkan...tapi hari ni aku gagahkan juga diri pergi sb satu, selesema aku dh nk hampir 2 mggu tak elok lagi, dan sakit kepala aku pun tak hilang2 dan paling ketara berat badan aku semakin susut dr 59 kg bulan Januari skrg dh 55 kg, patutlah seluar yg biasa aku pakai longgar, kalau dulu saiz 29, pas tu 28 skrg ni 27 kut..dh nak sama dgn pinggang anak sulung ku..hihihi...
So, tadi aku ke klinik dn minta doc buat glucose test sb dlm fikiran aku ntah2 gula dlm darah aku naik ke? tp..alhamdullillah gula aku ok 5.9...cuma sblm doc buat further check up, dia bgtahu aku kalau bukan gula dlm darah, takut perkara lain yg myebabkan berat bdn susut...tapi ini cuma andaian aje, sb aku pun takut nk mdengarnya...minta2la dijauhkan...satu tanda2 kanser, tp tak tahu kanser apa dan satu lagi Tibi...well, aku mdengar dgn tenang, and I have to positive myself, not so emo...(huhuhu...tp dlm hati sedih dn takut gak)..skali doc buat blood pressure....155/100...patutlah 3 kali doc try to read the bp tak boleh...rupa2 tinggi...dia ingat alat dia yg rosak...so, aku dinasihatkan supaya dtg lagi dlm masa seminggu, kena mkn ubat selesema, dn kalau selesema dh ok tp sakit kepala masih tak ok, mgkin aku ada darah tinggi la tu...
So, org pertama yg aku bgtahu ialah ibuku...nasib mak ada lagi...so, pada diala aku mgadu dulu pas tu kt hubby...anyway, aku tak nak fikir apa2...Insya-Allah tak de apa2...doa2kanla ya...

Sunday, March 11, 2012

Koleksi???

Assalammualaikum...
Lama rasanya tak updated blog ni, last updated pun 2 bulan lepas...anyway cerita terbaharu aku ialah :
1) Anak aku dh 'balik' semula (maknanya dh tak duk asrama dah...)
2) ....apa ye..hurmm..tak lama lagi birthday aku hihihi...on the 24rd Mac ni...
actually, tak de apa2 cerita terbaharu...cuma kali ni aku nk berkongsi cerita pasal koleksi terbaharu aku, kira mcm hobi la juga...tp koleksi aku ni ada sentimental valuesnya...
Nak tahu apa? jeng, jeng...alamak suspen la pulak...koleksi jam tangan. Sebenarnya aku ni peminat jam tangan, aku suka kalau ada org hadiahkan jam tangan, kadang2 aku request sdiri kt hubby, kalau nk bg gift bagi jam tangan...tapi koleksi aku ni tak la banyak sgt sb yg ada ni pun kebetulan aku ter'simpan' so aku jdkan la koleksi..
Antara koleksi yg ada ialah jam yg dihadiahkan oleh ayah aku semasa aku dpt gred 1 SPM dulu...beli kt kedai Chow Kit tu...tp bukan kt tepi2 jalan tau...hage masa tu dlm RM100++ (1991)






Pas tu BF aku ( skrg ni hubby aku la) hadiahkan masa birthday aku, jenama Jacquesfarrel. hage RM170++ (1993 or somethin')



Jam seterusnya, masa aku dapat gaji pertama aku (selepas bergelar guru) iaitu jam Bonia...hage RM200++ (2001)

Next, another Bonia watch, saja nk tukar2 especially utk aktiviti lasak...2002-2003 hage RM100++

Sekitar 2004, aku beli lagi satu jam Bonia sebab masa tu tertarik tgk Kris Dayanti memperagakan jam tu, dan aku minat pattern dia, permukaan yg besar..tp tak lah beli mcm yg KD pakai, mahal...dlm RM600++, so, aku beli ala-ala jam tu...cuma sedihnya aku x leh nk upload sb jam tu kena hantar kt kedai sb ada problem sikit.
Last year, hubby hadiahkan seutas jam tgn Bonia juga...hage dlm RM200++

Dan, this year aku beli lagi setelah aku sangka jam tgn yg ala-ala KD tu rosak, tapi sebenarnya aku mmg nk beli sesuatu sekiranya aku dapat duit menanda kertas, so, fikir punya fikir, aku beli satu lagi jam tgn Bonia juga...hage dlm RM400++

Rasa puas hati ler juga sebab duit menanda tu aku beli sesuatu utk diri aku dn sbg satu 'tanda' penghargaan utk diri sendiri sb aku pulun menanda selama 12 hari je...tahun sblm tu aku beli sebentuk cincin emas, tahun sebelumnya  aku bawa anak2 bercuti, tahun sebelum tu aku beli Kamus elektronik...hurmm..pejam celik pejam celik dh 4 tahun aku menanda kertas ni...Eh! dah melalut pasal menanda kertas lak, so, itulah antara koleksi2 aku, letak hage tu bukanla nk promote ke apa..saja utk peringatan diri sdiri...sebenarnya dlm banyak2 jam tu hanya ada 3 saja yg masih elok, yg lain dh masuk 'muzium'...
Oklah, rasanya setakat ini sajalah citer aku...jumpa lagi!!

 

Sunday, January 22, 2012

Kenangan 16 tahun yang lalu...

Salam,
Kali ini aku nak bercerita dn berkongsi gambar (tapi tak semualah) semasa perkahwinan aku dan suami 16 tahun yang lalu...Tarikh kami bernikah ialah pada 25 Januari 1996, tarikh yg sangat istimewa sb masa ni umat Islam baru 5 hari berpuasa...dan kami bersanding pada 10 Mac 1996 iaitu seminggu selepas Hari Raya dan kebetulan Tahun Baru Cina pun jatuh pada tarikh yang sama, so Kongsi Raya la masa tu..sebab tu kad kahwin kami pun berwarna merah begitu juga baju pengantin...
Kad kawin warna merah youuu...


 Di rumah pengantin perempuan
Di rumah pengantin lelaki

Ada banyak lagi gambar kt dalam album, tapi cukupla kongsi yang ini aje, gambar org dulo2..taklah glamer sangat mcm org zaman sekarang...apa2 pun itu semua tak penting, yang penting..Alhamdullillah selama 16 tahun melayari bahtera, kami hidup bahagia dan dikurniakan 6 orang anak...
Buat suamiku..Zahirudin...Ayang doakan semoga perkahwinan kita kekal selamanya..Amin...
Anyway, tahun ni kami belum decide nak celebrate kt mana..tahun lepas kt Pizza Hut, tahun ni ada yg dh suggest kt Tutti Frutti, Kajang...ermmm...akan difikirkan nanti..(ni Mama dan Ayahnya yg nk celebrate ke atau anak2 ni???)

Saturday, January 14, 2012

Anakku akan ke asrama....

Salam..
Hari ini aku nak bercerita ttg keputusan anakku nak ke SM Teknik, Alhamdullillah permohonannya berjaya dan akan mendaftar pada 30hb Januari ni...maknanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Abang (panggilan utknya) akan ada di rumah. Sebagai anak sulung dan anak pertama yg akan tggal di asrama, mmg berat hati aku dn suami nak melepaskan dia pergi, tapi demi masa depan dan cita2nya aku reda. Lagipun, ini adalah pilihan dia...dia sendiri yg memohon so, aku perlu lepaskan dia pergi...nasib baiklah tak jauh sangat cuma aku akan terasa 'kehilangan' seorang anak...apatah lagi aku akan ternampak-nampak kelibatnya di sekolah....
Apa2 pun aku perlu tabahkan hati dan berdoa utknya serta anak2 yang lain yang terbaik...Semoga Abang akan menjadi contoh kepada adik2nya...Amin...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru....

Salam :

Dah masuk pun tahun baru, Alhamdullillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan aku peluang untuk menikmati kehidupan ini....Hurmmm..nak tahu cerita sehari sebelum tahun baru, iaitu pada 31 Disember 2011, aku dn suami tetiba jer buat plan nk tgk countdown di Putrajaya...mmg seumur hidup aku, aku x penah tgk atau pegi kt mana2 masa countdown tuk new year..zaman aku kt universiti dulu, aku x penah keluar pun padahal bukanlah jauh sangat kalau nk gi ke dataran Merdeka tu...tp aku budak baik (cewah...masuk bakul angkat sdiri), mmg aku tak penah pergi pun...sebabnya time-time cam tula, U aku ada exam..so kitaorg duk kt bilik la sb nk study....Hah..dh melalut lak...citer pasal nk Putrajaya tu...so, kami pun pergila ke sana bersama2 dgn adik ipar dn suaminya...Bertolak dr rumah lebih kurang kul 11.30 mlm, ala Putrajaya bukannya jauh sgt...sekali tu...ada road block la pula...ala..Pak Polisi...nape la wat road block time2 macam ni...elok2 leh sampai Putrajaya on time or before time, jadi lambat pulak...so, kitaorg countdown je la kt dlm keta, siap count skali keta2 yg ada kt luar..nampaknya tak de rezeki aku lagi nk tgk bunga api ke @ apa2 api kt Putrajaya tu..huhuhu....