Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya...

Assalammualaikum dan Salam Aidil Fitri...
Sekejap saja masa berlalu, dah raya kan...ini pun aku sempat tulis kt blog ni dh masuk raya kedua...
Nak citer la sikit pasal raya pertama, macam biasa, pagi2 kami sekeluarga ke rumah bapa suami...solat di sana, pas tu bersalam-salaman, pergi rumah Wan Milah, dan Acik Senah. Tahun ni alhamdullillah, dapat juga aku menziarahi kubur arwah mak mertua, sb sebelum ni, suami tak izinkan sb Auni masih baby lagi, walaupun aku kata tak pe bawa baby...sebak hati aku, sayu dan segala macam perasaan yang ada ketika menziarahi kubur-kubur di situ. Dikesempatan itu, aku mencari kubur arwah Papa dan Makmi, sedih aku melihat kubur arwah datuk dan nenek aku, sb mcm x terurus. Dgn hanya berbekalkan tangan aku, aku bersihkan daun2 kering, rumput2 yang tumbuh serta aku sedekahkan al-Fatihah utk mereka. Aku juga sempat sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abang aku, yang kuburnya terletak betul2 bersebelahan pondok dan perigi di kawasan perkuburan tersebut.
Selepas itu, kami semua terus ke rumah Mak long Abi, balik rumah bapa mertua sekejap dan terus ke rumah mak. Mak masak nasi tomato, kebetulan mak akan balik ke Batu Pahat selepas itu. Aku pulak, ntah kenapa tahun ni aku terlupa nk bawa kamera...aduh ruginya apabila tidak dapat merakamkan saat-saat indah di hari raya ni..nasib ada sepupu suami yg ambilkan gambar kami sekeluarga berlatar belakangkan rumah arwah mak mertua. Tp dia belum upload dan share lagi...Apa2 pun di harapkan hari raya tahun ini akan memberikan seribu makna kepada kita semua...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment