Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Today... 31st December 2011....

Assalammualaikum...
Hari ini dh pun 31 Disember bagi tahun 2011. Mlm ni tepat pukul 12 mlm, dah masuk tahun baru...Welcome 2012...begitu cepat masa berlalu..Anak2 pun dah bersekolah, tahun depan je dh 5 org anak2 aku bersekolah....dn ini mengingatkan bahawa usiaku juga semakin bertambah...Tanggungjawab yg lebih besar juga menanti aku...mendidik anak2ku serta mendidik anak2 bangsa...Doaku semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik utk aku meneruskan perjuangan hidup ini sehingga ke hembusan nafas terakhir...Amin....
Alamak..apasal lak sedih coretan kali ni??? Sedih sebab thn 2011 dh nak melabuhkan tirainya kut...Apa2 pun Alhamdullillah...kerana di sepanjang tahun 2011 ini, segalanya berjalan dgn lancar, Allah telah mengurniakan kami sekeluarga rezeki dan kesihatan yg baik....aku bersyukur sangat2...Tahun ini juga anak sulungku selesai menduduki peperiksaan PMR, walaupun resultnya ditahap sederhana, tp aku tetap memberikan motivasi utknya supaya dia lebih bersemangat utk menghadapi masa depan yg lebih mencabar...Aku dn suami tidak pernah memberikan tekanan semasa mendidik anak2...berdasarkan pengalaman sendiri, aku tahu bagaimana rasanya apabila diri dibanding2kan dgn org lain, belum lagi tekanan drpd masalah keluarga, namun aku bersyukur kerana aku berfikiran positif..disebabkan cabaran itulah, aku berjaya mengenggam segulung ijazah walaupun aku tidak pernah bermimpi pun untuk menjejakkan kaki ke universiti...
Cuma aku sentiasa mengingatkan anak2..bahawa ilmu itu penting, sampai bila2 pun...biarlah miskin harta asalkan kaya dgn ilmu..baru org akan memandang tinggi kepada kita...Cita2ku juga tinggi..selepas mengenggam segulung ijazah, niat di hati utk menyambung pelajaran ke peringkat Master mmg ada..tp kekangan kewangan dan juga anak2 yg ramai membuatkan aku terpaksa melupakan niat ku itu. Aku berharap agar suatu hari nanti, anak2 ku akan menyambung niatku itu..Insya-Allah....
So, harapanku semoga tahun 2012 akan lebih memberikan sinar baharu dlm kehidupan kami sekeluarga..Tahun depan anakku Aisya pula akan menduduki peperiksaan UPSR, anak perempuan sulung pula tu...hurmmm..nk tengok juga macamana result si Kakak ni...Dan ini bermakna setiap tahun aku dn suami berdebar2 menunggu keputusan peperiksaan anak2...tahun lepas UPSR Akhmal, tahun ni PMR Ashraf, tahun depan UPSR Aisya, tahun 2013 PMR Akhmal dan SPM Ashraf....huhuhu.....kena cari ubat kuatkan jantung nih..hehehe...

No comments:

Post a Comment