Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

Lamanya tak update blog....

Salam :-

Lamanya tak update blog, last update ialah pada bulan Mac 2012...pas tu mmg aku tak sempat nk update pun...(mmg x leh nk jadi blogger nih).

      Apa yang pasti, sedar tak sedar dh penghujung tahun 2012....sepanjang tahun ni seperti biasa mesti ada kenangan pahit dan manis...nak cerita yang mana satu ye...baik kita cerita yg manis2 dulu...Alhamdulillah dlm tahun ni peristiwa yg paling manis aku nk cerita ialah tentang cuti2 Malaysia aku dan family, bermula di Melaka, Sandakan (ni bukan bercuti sebenarnya tapi sambil menyelam minum air lah juga), Morib, Port Dickson and coming soon...Langkawi pada 15 - 17 November ni...insya-Allah...Sebenarnya rezeki kami anak-beranak, sb sebelum ni kami sekeluarga jarang2 nk gi bercuti sb kekangan kewangan...thanks mr hubby sebab dia yg banyak support bab2 kewangan ni....
         Cerita kedua yang manis ialah apabila akhirnya aku berjaya mendapat surat pelantikan ke DG 44, sepatutnya dr tahun 2010 lagi aku dapat, tapi disebabkan nama aku dn beberapa lagi rakan guru yg tercicir, maka kami dapatlah surat tersebut pada tahun ni (beserta 'habuannya'...hihihi...Alhamdulillah)....
   hurmmm...nk cerita pasal yg sedih2 plak...sebenarnya tahun ni x delah berita/cerita yg menyedihkan....cuma semasa aku menaip kt blog ni aku mendapat khabar berita ttg pemergian ibu kepada rakan anak ku yang mengidap kanser....Innalillahwainnalilahirajiiun...takzih kepada Safirah Yasmin (4 Ak 2) dan abngnya Mohd Haziq Fitri (5 PN1)....semoga kamu berdua tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah ibu kalian di tempatkan dalam kalangan org2 yang beriman...Amin...
          Tak de mood la pula nk sambung menaip ni, rasa sedih pula sb kenal dgn anak2 murid tu dgn rapat, pernah menjadi guru kelas Haziq semasa tkt 3 dan Safirah pula merupakan atlet bagi rumah Sukan Perdana....
            Insya-Allah kita sambung nanti...wassalam