Assalammualaikum dan Salam Aidil Fitri...
Sekejap saja masa berlalu, dah raya kan...ini pun aku sempat tulis kt blog ni dh masuk raya kedua...
Nak citer la sikit pasal raya pertama, macam biasa, pagi2 kami sekeluarga ke rumah bapa suami...solat di sana, pas tu bersalam-salaman, pergi rumah Wan Milah, dan Acik Senah. Tahun ni alhamdullillah, dapat juga aku menziarahi kubur arwah mak mertua, sb sebelum ni, suami tak izinkan sb Auni masih baby lagi, walaupun aku kata tak pe bawa baby...sebak hati aku, sayu dan segala macam perasaan yang ada ketika menziarahi kubur-kubur di situ. Dikesempatan itu, aku mencari kubur arwah Papa dan Makmi, sedih aku melihat kubur arwah datuk dan nenek aku, sb mcm x terurus. Dgn hanya berbekalkan tangan aku, aku bersihkan daun2 kering, rumput2 yang tumbuh serta aku sedekahkan al-Fatihah utk mereka. Aku juga sempat sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abang aku, yang kuburnya terletak betul2 bersebelahan pondok dan perigi di kawasan perkuburan tersebut.
Selepas itu, kami semua terus ke rumah Mak long Abi, balik rumah bapa mertua sekejap dan terus ke rumah mak. Mak masak nasi tomato, kebetulan mak akan balik ke Batu Pahat selepas itu. Aku pulak, ntah kenapa tahun ni aku terlupa nk bawa kamera...aduh ruginya apabila tidak dapat merakamkan saat-saat indah di hari raya ni..nasib ada sepupu suami yg ambilkan gambar kami sekeluarga berlatar belakangkan rumah arwah mak mertua. Tp dia belum upload dan share lagi...Apa2 pun di harapkan hari raya tahun ini akan memberikan seribu makna kepada kita semua...Insyaallah...
Wednesday, August 31, 2011
Friday, August 5, 2011
Dah 5 hari kita berpuasa...
Assalamuallaikum...
Diam tak diam, dh 5 hari umat Islam berpuasa, setakat ni aku pun alhamdullillah, penuh...dan setakat ni, aku dh 5 hari juga memasak utk juadah berpuasa, cuma adalah sehari dua suami aku bawa balik sikit lauk2 'tunjuk', saje nk tambah-tambah resepi...
Anyway, apa yg aku nk citer ni ialah mengenai 2 org anak aku iaitu Aiman dan Aina. Tahun ni tahun kedua Aiman berpuasa, dia berharap utk berpuasa penuh, setakat ni dia puasa penuh 5 hari, manakala bg Aina, thn ni merupakan tahun pertama dia berpuasa. Hari pertama puasa, dia surrender pd pukul 4.00 ptg, puas aku pujuk, tp dia dh x tahan sgt (walaupun mlm tu dia bersahur). Aku pun x nak paksa, lg pun dia baru berumur 6 thn. Esoknya, pukul 12 lebih dia dh berbuka, dia kata dahaga kt baby sitter dia, so, baby sitter dia bg je lah air dn tak tahu pun yg dia berpuasa. Tp hari ke3, 4 dan 5, alhamdullillah dia dpt berpuasa penuh....(kalah aku masa kecik2 dulu, selalu puasa sekerat hari, ada juga puasa yang-yang yok, tgh hari bukak periuk...he he he). Apa2 pun aku respect kt parents sekarang yg dh mula mendidik anak2 sejak dr kecil utk berpuasa...tp kita tak leh paksa mereka, kalau mereka tak tahan, biarlah mereka berbuka kan? nanti takut mudarat plak...dan satu lg kita jgn ajar anak2 kita berpuasa kerana nk dpt duit (walaupun itu yg aku ckp kt anak2 aku, tp secara perlahan2 aku bgtahu nape kita perlu berpuasa, apa hikmahnya..).
Oklah semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan drpd-Nya..Amin.

Subscribe to:
Comments (Atom)