Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

Sambutan Hari Lahir Auni ( 1 thn) dan Akhmal (12 thn)

Alhamdullillah, semuanya telah selamat. Auni dan Akhmal dh pun selamat memotong kek hari jadi mereka pada 17hb Julai 2010(sehari awal) dari tarikh lahir sebenar.
Apa pun thanks kpd yg sudi dtg, dan terima kasih kpd busu Papa sb sponsored kek yang besar tu...(tak terabih memotongnya).
Cuma sedihlh sikit, sb 1st birthday Auni ni tak semeriah 1st birthday abang2 dan kakak2 dia dulu...mgkin sb masa tu arwah mak mertua masih ada, biasanya arwahlh insan yg paling sibuk memasak dan menyediakan menu utk sambutan birthday cucu2 dia...tapi Auni tak sempat merasainya...(sedih la pulak)

Saturday, July 3, 2010

Jalan-jalan Cari Makan...makan angin jer kat tepi tasik Putrajaya

BABY AUNI MENGHAMPIRI DETIK SATU TAHUN...

pejam celik pejam celik, Auni dh nak setahun, macam baru semalam jer bersalin...bila diingat2kn kembali, masa pregnant dulu, mcm2 dugaan yg dihadapi...mula2 nenek suami patah tangan, lepas tu mak mertua pula jatuh sakit, seminggu lepas tu suami pulak patah kaki masa bertugas, hu hu hu..aku lak tgh sarat mengandung 8 bulan, bayangkan aku terpaksa menjaga diri sendiri, anak2 dn suami dgn perut yg memboyot2, nk nangis pun ada tp tak terkeluar lak air mata ni...hanya Allah sahaja lah yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, dugaan apa lh yg Allah berikan...tp aku pasrah...dn bersyukur krn aku dpt mghdpinya dgn tabah...sehinggalah pd 14 julai 2009 aku kena masuk wad sb kena bersalin awal 2 minggu (aku ada diabetis on insulin masa pregnant ), 3 hari aku kena induce tp tk bersalin2 gak, sampailh pada 18hb julai, masa  doktor kt aku mgkin kena operate, baru aku rasa sakit yang amat sangat(thanks auni, kalau tk dh kuar ikut 'tingkap')...and now dh nk setahun baby aku yg sorang tu...