Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2011

Plan ke Cherating..at last ke Genting...


Salam.
Kali ni aku nk citer ttg percutian baru2 ni, kebetulan sekolah aku cuti seminggu sempena perayaan Deepavali. Plan mula2 nk ke Cherating, aku pun da siap booking hotel kt online, nk gi hari isnin 24 Oktober pas tu tpaksa cancel sb husband kena gi meeting 2 hari, so kami plan la ke tempat yg dekat2 sikit, ke PD, and then adik ipar bg suggestion ke Gambang, sb kalau boleh dia dn husband nk ikut skali. Tapi sekali lagi kena cancel sb husband dia tak leh cuti lak. So, kami bercadang nk ke Melaka ajela. Aku pun bookingla hotel lagi...tapi..(sorila dlm citer kali ni kena banyak guna 'tapi' sb banyak plan yg tak menjadi), kena cancel sekali lagi sb adik ipar yg baru balik dr Family Day di Melaka tu kata, kolam mandi kt tempat yg kami booking tu tak leh mandi pakai baju biasa2 ni, kena pakai yg 'luar biasa' (maknanya kena pakai swimming suit). So, husband kata kalau mmg nk pergi mandi manda, lebih baik gi Desa Water Park kt Cheras tu je, so, aku kata ok ajela. Kami bercadang nk gi pada hari Khamis 27 Oktober, masa plan tu hari Ahad, skali kena cancel sekali lagi daaaa...sbnya aku pulak tak leh nk mandi manda sb 'bendera merah', adoyaiii.....at last aku malas nk planning apa2 takut tak jadi, silap2 kena duk umah jer..tp husband bagi jugala suggestion utk ke Genting Highlands, sb last pergi pun masa tahun 2006. Aku berdoa dlm hati semoga plan kali ni menjadi. So, alhamdullilah pada 27 Oktober kami pun sampai jugala ke GH tu, cuaca agak mendung, hujan renyai2 masa naik bukit GH tu, kabus, sejuk tp Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dn perjalanan kami pun berjalan lancar. Dr pukul 11 pagi kami sampai, sampaila ke 5 ptg. Disebabkan cuaca yg agak mendung, kami ambil pakej All Parks (indoor and outdoor)...
On the way ke GH...

Sambil menunggu Hubby beli tiket



Ayah and Auni






Seronoknya ....


Aisya and Auni


Control macho ke Yang???

Senyum Auni jgn tak senyum, Ma dh rasa gayat ni....

Muka cuak....

I believe I can flyyyyyyy.....
































Friday, October 14, 2011

Somethin' 2 share...

Salam..
Lamanya rasa tak update blog nih..last update bulan September...banyak cerita nk dikongsi tp kadang2 tak tahu nak tulis camne...Apa2 pun juz to inform baru2 ni anak sulung aku dh selesai menduduki peperiksaan PMRnya, harapan aku semoga dia beroleh kejayaan yang cemerlang. Takut juga nk letak harapan tinggi2 sangat tp doa ibu sentiasa mengiringinya...
Lagi nak cerita apa ye...hurm..juz nk kongsi juga satu perkara...ini hal kecantikan dn kesihatan wanita. Al-maklumlah umur aku hampir dh mencecah angka 4..so kenalah jaga sikit kesihatan especially dalaman kita sbg seorg wanita. Aku ni mmg risau sikit kalau berat badan aku naik, kadang2 member2 marah sb mrk kata aku nk kurus mcmana lagi..masalahnya aku bukanlah nk kurus sgt mcm zaman remaja tu..mmg tak leh punya..maksud aku, aku perlu kawal berat badan aku sb kalau berat aku naik, apa lagi gula dalam darah pun toin..toin..naik ler...Pengalaman sebelum berpuasa, berat aku meningkat dr 57kg ke 62kg, pas tu aku rasa hypo (pening, nk pitam, lapar, dahaga)...sampai satu tahap, penglihatan aku kabur..aku x syak apa2...tp nk menyedapkan hati, aku gi juga buat check up. skali bila doc check glukos, wow..bacaannya 9 you...apalagi doc pun suruh aku diet control dlm masa 2 mggu. So, aku pun berdiet sakan laaa....takut...Alhamdullillah...skrg tahap glukos aku terkawal..Nak tahu caranya..he3...ini sebenarnya cara aku sdiri...First, aku elakkan minuman yg manis2..especially teh tarik kegemaran aku, mmg dh lama aku tak minum  dah...aku gantikan dgn minuman seperti Kopi Red Guara (DCL) atau skrg ni aku amalkan Kopi Mak Dara, utk kurangkan selera, aku amalkan Jamu Mak Dara..so far, so good. Selain, myekat sikit selera makan aku, jamu ni baik utk kesihatan dalaman wanita...sebenarnya, aku ni jenis yg susah nk telan ubat, tp sejak kejadian itu, aku perlu paksa diri aku....nak citer jugak kebaikan jamu ni, dalam banyak jamu yg pernah aku makan (masa berpantang dulu, Mustika Ratu, HPA, Res-Q, Nyonya Meneer), jamu MD ni tak panas, dn kesannya cepat...spt myekat selera makan, so sekaligus membantu mangawal berat badan, bertenaga, memulihkan hubungan suami isteri especially utk yg dh beranak ramai cam aku ni..apa2 pun setiap org ada caranya tersendiri utk menjaga kesihatan merekakan? cuma aku perlu mengingatkan diri aku, jangan dh sakit nanti baru kelam-kabut nk cari ubat, kalau Allah izinkan, aku berdoa agar aku dikurniakan kesihatan yg baik,,,InsyaAllah...Amin...Juz..to share...any comments??? don't hesitate to write one...

p/s ini bukan nak promote apa2 tau..tak de maknanye...juz to share...

Friday, September 9, 2011

Up load gambar raya 2011...

Salam...

Disebabkan tahun ni aku beraya dlm keadaan x ceria, sampai terlupa nk ambil gambar raya, apa taknya kamera pun lupa bawa...nasib baikla ada cousin suami yg ada kamera canggih, kebetulan dia un tgh study dlm bidang photographer ni..so tumpang sekaki ler...so, this is our pictures yg x seberapa...tp ok ler drpd x de...
Our big family...

Macam nak bersanding semula lak...2nd raya...

Peace...with my hubby Mr. Zahir...
itu je ler yang ada, actually ada lagi tp dlm FB, belum sempt nk save dlm file picture. Doa aku tahun depan, nk beli kamera canggih gak...Insyaallah kalau ada rezeki lebih...Ok that's all from me!

Lepas raya macam2 penyakit...

Salam semua...
Hari ni aku nk citer sikit pasal sakit makit ni (ada ke kata ganda sakit makit tu) he he he...saja nk myedapkan citer...lepas raya hari tu sorang2 aku dengar sakit, mula2 mak sedare suami aku, hampir kena strok, esoknya mak aku lak call, kata ayah x leh bangun, pening, ingatkan darah tinggi, skali tu bila doc check glukos, rupanya kencing manis naik 16.5. Esoknya  mak aku call lagi, bgtahu mak tiri aku masuk hospital sb ada batu dlm hempedu dn nak kena operate. Itu aku citer pasal orang, pasal diri sdiri lum campur lagi...
Actually aku dh mgidap sakit tgn ni sejak lahirkn auni, mgkin masa tu aku kurang berpantang sb suami patah kaki, so, aku kena banyak ambil alih keje dia, kebetulan arwah mak mertua pun sakit. tapi masa tu tgn aku kebas on and off jer..cuma tahun ni aku rasa sakit dan kebasnyaklebih kerap. Penah juga berurut, ok sekejap, pas tu sakit dn kebas balik. Yang paling ketara, sebulan sebelum raya, aku byk kali gak ke klinik sb sakit. Doc bg ubat tahan sakit jer..sampailah seminggu nk raya, aku rasa sakit sangat..sb tu raya tahun ni aku kurang ceria sikit sb tido x cukup, sakit dan pelbagai lagi.
At last Khamis lepas (8/9/2011), aku mc sb malam x leh tidur, tgn rasa sakit menyucuk2...aku gi jumpa doc, dn dia bg surat suruh jumpa pakar kt hospital serdang. Jumaat (9/9/2011) aku gi hospital with my hubby, tp malangnya bukan terus jumpa doc tp kena tggu 2 mggu utk mereka call dn baru nk bg tarikh appointment. Aku dh sakit sgt, tangan dh x leh genggam, nk menulis pun x leh, ni nk kena tggu 2 minggu???!!!. Aku bgtahu yg aku sakit, so, nurse tu suruh aku gi bhgian emergency dn jumpa doc di sana. Kat situ, doc check sikit2, pas tu dia suruh ambil ubat dulu, dn tgk kalu sakit datanglagi...adoyaiii...Aku bincang dgn husband utk cuba akupunture. Aku penah dengar dn penah nampak pusat rawatan tu di taman aku, tp takut nk gi...Tetapi sebab dh sakit sngat aku kuatkan juga diri ni...biarlah sakit sikit asalkan aku sihat...dah x tahan sangat dah...
tangan kena cucuk jarum..sakit sikit jer...   
Alhamdullillah..selepas rawatan tu, jari aku dah boleh gerak dan genggam, cuma sekali sekala ada terasa kebas tu, tp dh x sakit dah..aku pun kena berpantang iaitu x leh minum ais dan mandi atau kena air pada waktu malam (kalau boleh elakkan). Insyaallah..aku akan pergi lg utk ulang rawatan tu, sampai kebas aku hilang...ok itu saja citer aku.Wassaalam

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya...

Assalammualaikum dan Salam Aidil Fitri...
Sekejap saja masa berlalu, dah raya kan...ini pun aku sempat tulis kt blog ni dh masuk raya kedua...
Nak citer la sikit pasal raya pertama, macam biasa, pagi2 kami sekeluarga ke rumah bapa suami...solat di sana, pas tu bersalam-salaman, pergi rumah Wan Milah, dan Acik Senah. Tahun ni alhamdullillah, dapat juga aku menziarahi kubur arwah mak mertua, sb sebelum ni, suami tak izinkan sb Auni masih baby lagi, walaupun aku kata tak pe bawa baby...sebak hati aku, sayu dan segala macam perasaan yang ada ketika menziarahi kubur-kubur di situ. Dikesempatan itu, aku mencari kubur arwah Papa dan Makmi, sedih aku melihat kubur arwah datuk dan nenek aku, sb mcm x terurus. Dgn hanya berbekalkan tangan aku, aku bersihkan daun2 kering, rumput2 yang tumbuh serta aku sedekahkan al-Fatihah utk mereka. Aku juga sempat sedekahkan al-Fatihah untuk arwah abang aku, yang kuburnya terletak betul2 bersebelahan pondok dan perigi di kawasan perkuburan tersebut.
Selepas itu, kami semua terus ke rumah Mak long Abi, balik rumah bapa mertua sekejap dan terus ke rumah mak. Mak masak nasi tomato, kebetulan mak akan balik ke Batu Pahat selepas itu. Aku pulak, ntah kenapa tahun ni aku terlupa nk bawa kamera...aduh ruginya apabila tidak dapat merakamkan saat-saat indah di hari raya ni..nasib ada sepupu suami yg ambilkan gambar kami sekeluarga berlatar belakangkan rumah arwah mak mertua. Tp dia belum upload dan share lagi...Apa2 pun di harapkan hari raya tahun ini akan memberikan seribu makna kepada kita semua...Insyaallah...

Friday, August 5, 2011

Dah 5 hari kita berpuasa...

Assalamuallaikum...
Diam tak diam, dh 5 hari umat Islam berpuasa, setakat ni aku pun alhamdullillah, penuh...dan setakat  ni, aku dh 5 hari juga memasak utk juadah berpuasa, cuma adalah sehari dua suami aku bawa balik sikit lauk2 'tunjuk', saje nk tambah-tambah resepi...
Anyway, apa yg aku nk citer ni ialah mengenai 2 org anak aku iaitu Aiman dan Aina. Tahun ni tahun kedua Aiman berpuasa, dia berharap utk berpuasa penuh, setakat ni dia puasa penuh 5 hari, manakala bg Aina, thn ni merupakan tahun pertama dia berpuasa. Hari pertama puasa, dia surrender pd pukul 4.00 ptg, puas aku pujuk, tp dia dh x tahan sgt (walaupun mlm tu dia bersahur). Aku pun x nak paksa, lg pun dia baru berumur 6 thn. Esoknya, pukul 12 lebih dia dh berbuka, dia kata dahaga kt baby sitter dia, so, baby sitter dia bg je lah air dn tak tahu pun yg dia berpuasa. Tp hari ke3, 4 dan 5, alhamdullillah dia dpt berpuasa penuh....(kalah aku masa kecik2 dulu, selalu puasa sekerat hari, ada juga puasa yang-yang yok, tgh hari bukak periuk...he he he). Apa2 pun aku respect kt parents sekarang yg dh mula mendidik anak2 sejak dr kecil utk berpuasa...tp kita tak leh paksa mereka, kalau mereka tak tahan, biarlah mereka berbuka kan? nanti takut mudarat plak...dan satu lg kita jgn ajar anak2 kita berpuasa kerana nk dpt duit (walaupun itu yg aku ckp kt anak2 aku, tp secara perlahan2 aku bgtahu nape kita perlu berpuasa, apa hikmahnya..).
Oklah semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan drpd-Nya..Amin.