Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

Dah hampir penghujung Disember 2011...

Asalammualaikum:
Sedar tak sedar dah hampir penghujung Disember 2011. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Semalam 19hb Disember adalah hari lahir anakku yang sulung, Ashraf . Sambutan secara sederhana di rumah datuknya, kebetulan Abang (panggilan utknya) tak sihat sikit...tp yang penting doa daripada ahli keluarga.
Yang pasti setiap ibu bapa yang mempunyai anak2 lebih2 lagi yang akan bersekolah pada tahun depan, tentu sibuk dengan persiapan persekolahan. Yang penting bajet kena buat dulu pas tu list of things to do and to buy...Aku pun tak terkecuali...tiap2 tahun macam tu..tambahan lagi tahun depan 5 org anak2 ku akan bersekolah, 3 di sekolah rendah dan 2 di sekolah menengah. Bajet awal2 lagi aku dn suami dn rancang dn fikirkan. Sebaik sahaja habis menanda kertas SPM, aku pun buat senarai pembelian utk anak2ku...
Apa yang pasti...aku sangat2 bersyukur kerana pada tahun ini kerajaan mengumumkan bonus 1 bulan gaji. 1/2 sebelum raya dan 1/2 lg utk akhir tahun. Berbekalkan duit itu serta tambahan dari company husband yg memberikan wang sara hidup kepada staff2 yg ada anak, aku pun memulakan misi aku membeli pakaian dan peralatan persekolahan anak2....3 hari jugakla aku berulang-alik ke Semenyih ( tak yah pergi jauh2 sebab kt Semenyih pun dah lengkap). Cuma kelengkapan utk anak sulung belum dibuat lagi sebab menunggu result PMRnya keluar dulu. Abang ada memohon ke sekolah Teknik dan Vokasional..kalau result ok, dia akan ke sana...(sob..sob..sedih la pulak) tapi demi masa depan dia, aku reda....
So, para ibu bapa di luar sana, jangan mengeluh kalau terpaksa menghabiskan duit bonus tu utk keperluan anak2...Insya-Allah, rezeki tu ada di mana2..kalau kita berkorban untuk anak2, Allah pasti memberikan ganjaran yang berganda...Berbelanja pun ikutlah keperluan dan kemampuan...jgnlah terlalu ghairah untuk membeli peralatan yg mahal2 (kecuali mampula...) dan janganlah bersedih pula kalau tak dapat merasa duit bonus tu...ambillah sedikit utk membeli keperluan sendiri...macam aku, aku 'manjakan; diri aku dengan membeli sepasang kasut dan sepasang baju kurung...ok jugak kan?

2 comments:

  1. yup, bersyukur tu pentingkan..klu nk banding dgn org lain ramai lg yg susah..happy belated bday asyraf, klu dpt masuk sek teknik nnt pegi tau!

    ReplyDelete
  2. Thank u Ety/Along Ety....Insya-Allah kalau result baik, akan masuk ke sana ikut jejak langkah Pak Su dan Pak Lang Effen dia...walaupun berat hati nk berpisah..huhuhu....

    ReplyDelete